PERKAHWINAN TANPA KEBENARAN RAKYAT MALAYSIA DI SELATAN THAILAND

Authors

  • Mohd. Nasran Mohamad

Abstract

Perkahwinan luar negara tanpa kebenaran khususnya di Thailand yang melibatkan rakyat Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Tinjauan awal di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di Jabatan Agama Islam Kangar, Perlis menunjukkan peningkatan mendadak permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut. Oleh yang demikian satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebab-sebab terlalu ramai pasangan Islam di Malaysia berkahwin di Selatan Thailand, khususnya di negeri-negeri yang bersempadan iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan. Kajian juga perlu dilakukan bagi mengkaji kelemahan-kelemahan  yang mungkin wujud dalam Enakmen dan Akta Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia. Terdapat dua kes yang berbeza berhubung dengan perkahwinan ini. Pertama, sekiranya nikah tersebut dilakukan oleh pihak berkuasa Agama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, maka permohonan boleh dilakukan di Pejabat Agama Daerah terdekat dalam tempoh enam bulan dari perkahwinan bagi mendapatkan pengesahan dan mendaftarkan perkahwinan berkenaan. Kes pertama ini menjadi fokus utama penulis untuk dibuat kajian. Kedua, perkahwinan yang melibatkan jurunikah yang tidak bertauliah ataupun nikah sindiket. Kes kedua ini tidak menjadi pilihan penulis kerana ia dijalankan secara tersembunyi dan sukar dikesan.

Downloads